Powered By Blogger

Thursday 27 October 2011

petang pulang kerja

Semalam, lepas balik dari cari alamat yang client bagi untuk buat 'site visit', aku ikut jalan gambang untuk balik ke inderapura.

Dengan keadaan bandar Kuantan yang dah nak mula jadi macam Kuala Lumpur, di traffic light permatang badak aku pun cilok jalan depan sekolah paya besar.

Tak lama aku nampak satu makcik ni, tengah selongkar tong sampah...terpikir jugak aku kenapa. Bersangka baik, agaknya dia terbuang barang dia dalam tong sampah. Sebab, aku nampak dekat dgn makcik tu ada satu motor, mungkin motor dia. Jugak, makcik tu tak nampak macam dhaif.

Tapi, andai aku salah, mcmmana? 

Saturday 26 February 2011

Dunia..

Lewat hari, masihkah lagi kita mampu hidup dalam kepura-puraan?


Dalam kerja yang kita dipertanggungkan?
Dalam masa yang kita kitarkan?


Atau, dalam kita mengejar nikmat hidup
kita terlupa bahawa ia hanya nikmat sementara
berbanding yang kekal di sana?